Friday 20 May 2011

Kesesuaian Penapis Haba

Filem penapis haba adalah berfungsi untuk menapis suhu panas dari panahan matahari bagi keselesaan penumpang kenderaan.

Filem Penapis adalah berfungsi untuk menapis cahaya ultra-violet dan juga haba panas. Sekiranya filem yang anda guna menyebabkan penglihatan anda terbatas terutama pada waktu malam, ada yang tidak kena pada filem itu. Bagi mengelakkan situasi begini, adalah penting bagi pengguna untuk mengetahui latar belakang produk yang bakal dipasangkan pada kenderaan mereka.

Satu lagi ciri-ciri filem penapis yang baik dan berkesan-ia akan mengurangkan silau dari lampu kenderaan tanpa mengganggu penglihatan. Ketelusan cahaya sama jelas, tetapi silauan dapat dikurangkan.

Pengguna perlu berhati-hati kerana tidak semua filem solar penahan haba di pasaran berkualiti serta menepati syarat ditetapkan pihak berkuasa. Kebanyakan pengguna tidak tahu bagaimana sukatan yang betul untuk filem penapis haba kenderaan mereka.

Sebetulnya setiap cermin yang dipasangkan filem harus menepati peraturan. Cermin depan harus mempunyai penembusan cahaya sekurang-kurangnya 70 peratus manakala cermin belakang dan sisi pula 50 peratus ketelusan cahaya.

Jika ini gagal dipatuhi, kompaun RM300 mungkin dikenakan kepada pemilik kenderaan terbabit jika dikesan pihak berkuasa. Bagi memastikan kenderaan anda mematuhi semua peraturan ini, ujian yang dikenali sebagai kadar peratusan VLT ataupun ketelusan cahaya boleh dijalankan ke atas setiap cermin kenderaan.

Ini akan memastikan anda terkecuali daripada sebarang tindakan undang-undang. Sebaiknya, sebelum membuat keputusan untuk memasang filem terbabit, elok lah pengguna menegnal pasti terklebih dulu produk-produk yang menepati paraturan JPJ. Pengguna juga perlu bijak menilai pakej ditawarkan kerana ada yang tidak sesuai dipasang pada cermin kenderaan malah mungkin dikenakan tindakan kerana menyalahi undang-undang.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

2 comments: