Saturday 21 May 2011

Pemasangan cermin gelap

Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.

Pengecualian khas pemasangan cermin gelap

Pemasangan kaca gelap diberikan kepada orang-orang tertentu sahaja seperti di bawah kaedah 11(a) dan 11(b),Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap.
Pemilik atau pemandu kenderaan yang tidak mematuhi kaedah ini akan dikenakan denda :-
  1. Tidak melebihi RM 500.00 atau penjara tidak melebihi 2 minggu untuk kesalahan pertama;dan
  2. Tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.

Cara-cara memohon

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan icon Borang CG1 yang boleh didapati daripada Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya. Semua permohonan perlu disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-
  1. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
  2. Surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk rekod-rekod Perubatan yang terkini.
  3. Bagi permohonan untuk tujuan keselamatan,sertakan dokumen-dokumen sokongan.

Kelulusan

Semua permohonan akan dipertimbangkan dan akan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan untuk persetujuan. Selepas itu akan dibawa kepada Y.B. Menteri Pengangkutan untuk kelulusan.

Tempoh

Tempoh kelulusan penggunaan cermin gelap adalah satu tahun sahaja dan perlu diperbaharui.

Pembaharuan

Permohonan memperbaharui kelulusan cermin gelap hendaklah dibuat tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh kelulusan dengan menyertakan dokumen berikut :
  1. icon Borang CG1 yang telah diisi dengan lengkap.
  2. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
  3. Surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan seta rekod-rekod Perubatan yang terkini. Salinan Surat Kelulusan Y.B Menteri Pengangkutan.
  4. Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan

Tips Bercermin Gelap


Sebelum kita berbicara mengenai cermin gelap terlebih dahulu kita fahami peruntukan Kaedah – kaedah yang ditetapkan dalam undang – undangMengikut peruntukan Kaedah 5(1) dan 5(2) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991. Berdasarkan kepada peruntukan tersebut, tahap ketelusan cahaya bagi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah melebihi tujuh puluh peratus (70%) manakala bagi cermin sisi dan belakang kenderaan hendaklah melebihi 50%. Terdapat pengecualian di mana peruntukan ini tidak terpakai pada kawasan 20% memanjang sebelah atas cermin hadapan kenderaan dan pada tingkap tepi semua jenis bas atau carawan kecuali bagi tingkap di sebelah kiri atau kanan pemandu.
Orang yang dibenarkan memakai Cermin Gelap Mengikut Kaedah – Kaedah
Kaedah 11(a) dan 11(b) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan bahawa kenderaan milik Kerajaan yang digunakan oleh orang-orang berikut dibenarkan menggunakan cermin gelap iaitu:

  1. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong.
  2. Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu Negeri.
  3. Pemangku Raja sesuatu Negeri .
  4. Pembesar Memerintah Negeri bagi Negeri Sembilan.
  5. Bakal Raja sesuatu Negeri .
  6. Bekas Raja sesuatu Negeri .
  7. Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri.
  8. Hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi.
  9. Pegawai polis atau pegawai tentera sebagaimana yang dinyatakan masing-ma
    singnya oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.


Kenapa Sekarang Banyak kereta bercermin GelapApabila kita melalui jalan – jalan raya utama negara, kita tidak lepas dari melihat terdapatnya kenderaan yang bercermin gelap, macamana mereka boleh memakai cermin gelap pada kenderaan? Sebenarnya orang – orang kebiasaan macam kita ni  memang tidak dibenarkan memakai cermin gelap.Oleh kerana terdapatnya keberanian dan tidak takut disaman maka banyaklah hadirnya kenderaan – kenderaan yang bercirikan cermin gelap ini berada di atas jalan raya.
Faktor – faktor lain yang mengakibatkan pemakaian Cermin Gelap
- Sesetengah Kereta ‘import’ seperti model ‘estima, wish, caldina, alphard’ (sekadar menyebut beberapa nama model) memang datang dengan speksifikasi yang standard iaitu bercermin gelap pada bahagian sisi belakang kiri dan kanan, tujuan pemakaian ini di luar negara adalah bagi tujuan keselamatan. Bagi negara kita ini pemakaian cermin gelap ini memang tidak dibenarkan sama sekali. Oleh itu Pihak berwajib telah pun mengenakan undang – undang kenderaan bagi tujuan pemakaian cermin gelap ini dibawah akta pengangkutan jalan 1987.
- Oleh kerana kereta ini kebanyakan kereta import dan kenderaan ini memang asalnya bercermin gelap, maka dengan ini setiap kenderaan import tadi perlu menjalani pemeriksaan di puspakom sebelum urusan pendaftaran kenderaan. Terdapat 2 jenis pemeriksaan kenderaan import di puspakom iaitu pemeriksaan kenderaan import terpakai dan pemeriksaan  kenderaan import baru.
Puspakom boleh lulus
- Untuk tujuan kenderaan import ini kadar ketelusan cahaya adalah sama sahaja seperti kenderaan lain , iaitu kadar ketelusan cahaya cermin hadapan 70% keatas, cermin sisi kiri dan kanan serta belakang iaitu 50% ke atas. Jadi macamana kenderaan ini masih bercermin gelap?, mengikut apa yang diketahui, sesetengah ‘buyer’ ingin kenderaan mereka bercermin gelap, oleh yang demikian ejen yang menguruskan berkaitan dengan urusan kenderaan telah menukar cermin kenderaan mereka dengan cermin yang  cerah mengikut spesifikasi  ditetapkan, ada sesetengah lagi yang menyewa cernin cerah ini tadi bagi tujuan pemeriksaan, dan cermin tersebut dipasang dengan sempurna pada kenderaan.
- oleh itu pihak puspakom tidak dapat menggagalkan kenderaan tersebut dan diberikan status lulus kerana memang ianya datang dengan bercermin cerah, selain itu juga puspakom turut mengambil gambar kenderaan import yang datang untuk pemeriksaan bagi tujuan rujukan untuk hal – hal yang berbangkit. Selepas kenderaan itu diperiksa dan lulus kemungkinan cermin tadi telah ditukar kembali dengan cermin yang asal iaitu cermin gelap.
Tips Untuk Memasang Tinted Kenderaan yang Mengikut piawaian.
- Bagi pemasangan tinted mudah je teori dia.. kalau pasang tinted yang mahal, mesti lulus punya. Okay tak macam tu? Tak okay?, emm macam ni ye kebanyakan tinted – tinted yang mahal ini memang boleh lepas pemeriksaan kadar ketelusan cahaya, dan memang dapat membantu mengurangkan kadar kepanasan dalam kenderaan, terdapat beberapa jenis tinted yang terang tapi sejuk je duduk kat dalam bila waktu tengahari macamtu.. tapi walau bagaimana pun elakan memasang tinted sampai berlapis – lapis, ada yang pasang tinted sampai 3 lapis, kalau macam ni memang tak akan lulus pemeriksaan walau mahal macamana pun tintednya..
- Kalau memang nak gelap bolehlah memasang tinted yang murah dan berlapis - lapis, macam kereta saya pun pasang sampai 3 lapis… gelap je..  sampai orang luar nak tengok dalam pun tak nampak, semua tu di lakukan atas faktor keselamatan, (takde sebab lain ye :) )
- Terpulang kepada individu itu sebenarnya , samada nak memilih tinted yang gelap atau cerah, kalau rasa boleh bayar saman sampai rm500.00 takpe.. takde masalah.. boleh je pakai cermin gelap.

Friday 20 May 2011

TINTED TINGKAP

Tinted terbahagi kepada pelbagai jenis antaranya normal tinted dan juga frosted tinted. Kebanyakkan rumah banyak menggunakan normal tinted untuk menghalang daripada haba panas masuk berlebihan ini boleh menyebabkan rumah anda terasa bahang dan juga panas, untuk Frosted tinted pula banyak digunakan untuk mencantikkan pemandangan ruang tingkap anda dengan pelbagai corak yang direka khas untuk ruang tingkap anda ia juga boleh mengurangkan haba masuk dengan berlebihan. Tinted yang baik adalah tinted yang boleh menahan haba masuk dengan peratusan yang berkurangan dan ketebalan tinted itu juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan anda mendapat tinted yang baik untuk ruang tingkap anda.

Ulasan penapis filem haba (tinted) dari JPJ

Orang ramai boleh memperolehi ‘tinted film’ di kedai-kedai aksesori kenderaan dengan begitu mudah malah ada yang berani menyatakan ‘tinted film’ yang dijual mendapat kebenaran JPJ. Hakikatnya, JPJ tidak pernah memperakui mana-mana jenama ‘tinted film’ bagi tujuan pemakaian cermin gelap.

Ketidaksesuaian dengan cuaca Malaysia yang panas dan ditambah dengan masalah pemanasan global yang sedang melanda dunia sekarang telah dijadikan alasan pemilik kenderaan untuk menggunakan kenderaan bercermin gelap. Faktor cuaca dan cahaya matahari didakwa boleh menyebabkan kesan pada kulit manusia dan menjejaskan kesihatan. Walaupun banyak aduan diterima berhubung perkara ini, tetapi kebanyakannya didapati tidak berasas. Mengikut MIROS, spektrum cahaya yang membahayakan kulit, mata serta menyebabkan peningkatan haba dalam kenderaan adalah berpunca daripada cahaya ultra ungu atau ultra violet (UV) yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan bukannya visible light yang terkandung dalam cahaya matahari. Dengan demikian, memasang kaca gelap untuk tidak memudaratkan penyakit kulit adalah satu persepsi yang salah. Kajian mendapati permasalahan ini boleh ditangani melalui UV protection system seperti penggunaan tinted film yang bersesuaian tanpa perlu memasang kaca gelap.

Secara realitinya, kenderaan bercermin gelap nampak lebih bergaya dan mempunyai karisma tersendiri. Pemilik kenderaan bercermin gelap ini akan menarik perhatian masyarakat sekeliling untuk mengetahui siapa yang sedang memandu atau yang memiliki kenderaan tersebut. Justeru itu, adakah berkenderaan dengan cermin gelap ini satu keperluan atau untuk bergaya semata-mata?

Berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini, di bawah Kaedah 5, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, kadar ketelusan cahaya menerusi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah sekurang-kurangnya 70% diukur dengan menggunakan suatu pengukur yang ditetapkan. Manakala kadar ketelusan cahaya menerusi cermin di lain-lain bahagian kenderaan hendaklah sekurang-kurangnya 50%.

Seharus diingat bagi pemilik kenderaan yang didapati melanggar peraturan cermin gelap akan dikenakan tindakan seperti berikut:

1. JPJ mengeluarkan Notis PG1 iaitu Larangan Penggunaan Kenderaan dengan tempoh selama 10 hari. Dalam tempoh ini, pemilik kenderaan dikehendaki menukar cermin gelap kepada cermin yang mematuhi tahap ketelusan cahaya yang dibenarkan.
2. Pemilik kenderaan dikehendaki membawa kenderaan kembali ke Pejabat JPJ untuk pemeriksaan. Setelah dipastikan cermin kenderaan telah ditukar, JPJ akan mengeluarkan Notis Menarik Balik Larangan iaitu PG2.
3. Walau bagaimana pun, sekiranya pemilik kenderaan gagal mematuhi Notis PG1 (iaitu tidak membawa kenderaan kembali ke Pejabat JPJ untuk pemeriksaan), JPJ akan mengeluarkan saman JPJ 22 kerana gagal mematuhi Notis PG1.
4. Penalti bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhi Notis PG1 adalah kompaun maksimum RM300 dan kenderaan disenaraikan hitam sehingga Notis PG1 dipatuhi.

Kesesuaian Penapis Haba

Filem penapis haba adalah berfungsi untuk menapis suhu panas dari panahan matahari bagi keselesaan penumpang kenderaan.

Filem Penapis adalah berfungsi untuk menapis cahaya ultra-violet dan juga haba panas. Sekiranya filem yang anda guna menyebabkan penglihatan anda terbatas terutama pada waktu malam, ada yang tidak kena pada filem itu. Bagi mengelakkan situasi begini, adalah penting bagi pengguna untuk mengetahui latar belakang produk yang bakal dipasangkan pada kenderaan mereka.

Satu lagi ciri-ciri filem penapis yang baik dan berkesan-ia akan mengurangkan silau dari lampu kenderaan tanpa mengganggu penglihatan. Ketelusan cahaya sama jelas, tetapi silauan dapat dikurangkan.

Pengguna perlu berhati-hati kerana tidak semua filem solar penahan haba di pasaran berkualiti serta menepati syarat ditetapkan pihak berkuasa. Kebanyakan pengguna tidak tahu bagaimana sukatan yang betul untuk filem penapis haba kenderaan mereka.

Sebetulnya setiap cermin yang dipasangkan filem harus menepati peraturan. Cermin depan harus mempunyai penembusan cahaya sekurang-kurangnya 70 peratus manakala cermin belakang dan sisi pula 50 peratus ketelusan cahaya.

Jika ini gagal dipatuhi, kompaun RM300 mungkin dikenakan kepada pemilik kenderaan terbabit jika dikesan pihak berkuasa. Bagi memastikan kenderaan anda mematuhi semua peraturan ini, ujian yang dikenali sebagai kadar peratusan VLT ataupun ketelusan cahaya boleh dijalankan ke atas setiap cermin kenderaan.

Ini akan memastikan anda terkecuali daripada sebarang tindakan undang-undang. Sebaiknya, sebelum membuat keputusan untuk memasang filem terbabit, elok lah pengguna menegnal pasti terklebih dulu produk-produk yang menepati paraturan JPJ. Pengguna juga perlu bijak menilai pakej ditawarkan kerana ada yang tidak sesuai dipasang pada cermin kenderaan malah mungkin dikenakan tindakan kerana menyalahi undang-undang.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Tinted Window Service For House,Office and Other


We offer service installation :

Installation service tinted ( solar film ).
For house or office and Other
Area Kl and Selangor,Putrajaya.
All Klang Valley.
We experienced more than 2 years.

11 grounds why you need to get installation service tinted from us

*Reduced heat, glare, and fading relapse as much as 80% from sun hot radiation and dangerous ultra-violet ray.
*Reduced eye strain
*Decrease AC burden until operating cost cutting
*Saving of electricity cost throughout the year
*Protect internal house decoration, food and item from fade and putrefy.
*Window will act as safety glass window by strengthen and reduce flying splinter, normally involved with glass damage..
*No reflection from inside and outside window
*Clear sight seeing at day and night.
*No need for specific care.
*Installation done by experienced worker.
*Economic and last longer.

VARIOUS COLOUR CHOICE
THE PRICE STILL CAN NEGOTIABLE

Please contact or email we at this numbers
Mohd Izhan (019-3387246) (md_izhan@yahoo.com.my)
Samsul bahari (0125187847) (acoi_abie@yahoo.com)

Pemasangan Tinted Film@Penapis Haba Untuk Rumah,Pejabat Dan Lain-lain

Kami menawarkan khidmat pemasangan :

*Khidmat pemasangan tinted ( solar film ).
*Untuk rumah atau office.
*Area kl dan Selangor,Putrajaya.
*Seluruh Lembah Klang.
*Kami berpengalaman lebih dari 2 tahun.

11 alasan kenapa anda perlu mendapatkan khidmat pemasangan tinted dari pihak kami

*Mengurangkan panas, silau, dan memudar berbalik sebanyak 80% dari radiasi panas matahari dan berbahaya ultra-violet sinar.
*Mengurangkan ketegangan mata
*Mengurangkan beban AC sehingga pemotongan kos operasi
*Penjimatan elektrik sepanjang tahun
*Melindungi dalaman rumah, makanan dan barang dari pudar dan membusuk.
*Membuat kaca tahan pecah dan menjadi kaca keselamatan dengan menguatkan dan mengurangkan bahaya serpihan berterbangan biasanya terlibat dengan kerosakan kaca.
*Meningkatkan keindahan luaran dan memberikan keselesaan dalam bilik.
*Tidak ada refleksi dari dalam dan luar.
*Kadar penglihatan yang jelas hari dan malam.
*Tidak memerlukan penjagaan khusus.
*Pemasangan dilakukan oleh pekerja yang berpengalaman.
*Ekonomik dan tahan lama.


PELBAGAI PILIHAN WARNA
HARGA MASIH BOLEH DIRUNDING

Boleh hubungi kami melalui telefon atau email kami di :

Mohd Izhan (019-3387246)                                            

Samsul bahari (012-5187847)