There was an error in this gadget

Friday, 20 May 2011

Ulasan penapis filem haba (tinted) dari JPJ

Orang ramai boleh memperolehi ‘tinted film’ di kedai-kedai aksesori kenderaan dengan begitu mudah malah ada yang berani menyatakan ‘tinted film’ yang dijual mendapat kebenaran JPJ. Hakikatnya, JPJ tidak pernah memperakui mana-mana jenama ‘tinted film’ bagi tujuan pemakaian cermin gelap.

Ketidaksesuaian dengan cuaca Malaysia yang panas dan ditambah dengan masalah pemanasan global yang sedang melanda dunia sekarang telah dijadikan alasan pemilik kenderaan untuk menggunakan kenderaan bercermin gelap. Faktor cuaca dan cahaya matahari didakwa boleh menyebabkan kesan pada kulit manusia dan menjejaskan kesihatan. Walaupun banyak aduan diterima berhubung perkara ini, tetapi kebanyakannya didapati tidak berasas. Mengikut MIROS, spektrum cahaya yang membahayakan kulit, mata serta menyebabkan peningkatan haba dalam kenderaan adalah berpunca daripada cahaya ultra ungu atau ultra violet (UV) yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan bukannya visible light yang terkandung dalam cahaya matahari. Dengan demikian, memasang kaca gelap untuk tidak memudaratkan penyakit kulit adalah satu persepsi yang salah. Kajian mendapati permasalahan ini boleh ditangani melalui UV protection system seperti penggunaan tinted film yang bersesuaian tanpa perlu memasang kaca gelap.

Secara realitinya, kenderaan bercermin gelap nampak lebih bergaya dan mempunyai karisma tersendiri. Pemilik kenderaan bercermin gelap ini akan menarik perhatian masyarakat sekeliling untuk mengetahui siapa yang sedang memandu atau yang memiliki kenderaan tersebut. Justeru itu, adakah berkenderaan dengan cermin gelap ini satu keperluan atau untuk bergaya semata-mata?

Berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini, di bawah Kaedah 5, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, kadar ketelusan cahaya menerusi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah sekurang-kurangnya 70% diukur dengan menggunakan suatu pengukur yang ditetapkan. Manakala kadar ketelusan cahaya menerusi cermin di lain-lain bahagian kenderaan hendaklah sekurang-kurangnya 50%.

Seharus diingat bagi pemilik kenderaan yang didapati melanggar peraturan cermin gelap akan dikenakan tindakan seperti berikut:

1. JPJ mengeluarkan Notis PG1 iaitu Larangan Penggunaan Kenderaan dengan tempoh selama 10 hari. Dalam tempoh ini, pemilik kenderaan dikehendaki menukar cermin gelap kepada cermin yang mematuhi tahap ketelusan cahaya yang dibenarkan.
2. Pemilik kenderaan dikehendaki membawa kenderaan kembali ke Pejabat JPJ untuk pemeriksaan. Setelah dipastikan cermin kenderaan telah ditukar, JPJ akan mengeluarkan Notis Menarik Balik Larangan iaitu PG2.
3. Walau bagaimana pun, sekiranya pemilik kenderaan gagal mematuhi Notis PG1 (iaitu tidak membawa kenderaan kembali ke Pejabat JPJ untuk pemeriksaan), JPJ akan mengeluarkan saman JPJ 22 kerana gagal mematuhi Notis PG1.
4. Penalti bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhi Notis PG1 adalah kompaun maksimum RM300 dan kenderaan disenaraikan hitam sehingga Notis PG1 dipatuhi.

No comments:

Post a Comment