Samsul bahari (012-5187847)
Kami menawarkan khidmat pemasangan :
*Khidmat pemasangan tinted ( solar film ).
*Untuk rumah atau office.
*Area kl dan Selangor,Putrajaya.
*Seluruh Lembah Klang.
*Kami berpengalaman lebih dari 5 tahun.
PELBAGAI PILIHAN WARNA
HARGA MASIH BOLEH DIRUNDING
Boleh hubungi kami melalui telefon di :
Samsul bahari (012-5187847)
Assalamualaikum.
Hehe, harini kita bincang topik rumah. Yes a few of my friend dah dapat kunci rumah. So adalah share sikit sebanyak
tips masuk rumah baru
kat diaorang. Selalunya tips-tips masuk rumah baru ni yang lebih expert
adalah lelaki la. So tips ni pon aku belajar dari lelaki jugak la
sikit-sikit, kebetulan time masuk rumah baru tu dia pon masuk rumah area
yang sama gak. ada jugak yang di grab dari internet.
Ok tips pertama.
Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda. Masuk rumah
dengan lafaz basmallah, bagi salam dan juga minta husband (atau korang
sendiri, kalau pergi sendiri lah) pergi tingkat atas sekali, bukan
loteng tau (kalau rumah dua tingkat, atau 3 tingkat atau banyak tingkat)
kalau rumah setingkat memadai la kat bawah je, berdiri mengadap kiblat
dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.
Kemudian, kalau nak explore rumah, explore lah dulu. Tips seterusnya adalah mengunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap
toilet,
sliding door
pintu dan segalanya yang memungkinkan access mudah keluar masuk rumah
oleh pencuri kabel letrik selepas anda explore rumah baru anda. Heheh.
betul ni bukan lawak, sebab selepas dapat kunci rumah, developer tak
akan bertanggungjawab kalau ada berlaku kes kecurian kabel kalau defect
rumah developer tanggung la, kalau curi-curi selepas dapat kunci dia tak
tanggung. rugi nanti wiring bukan murah. ni pesanan developer rumah sue
dulu la. manggakan la gate tu kalau anda suka.
Tips seterusnya.
Apabila meter letrik dan
meter air
dah dipasang dan rumah telah mempunyai bekalan air serta bekalan
elektrik. Sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan
sempurna. Buka semua pili air anda serentak. Selalunya pili dapur dan
pili luar rumah adalah aliran direct dari punca air kat luar so kuat
sikit, pili toilet adalah dari tangki simpanan so bila bukak semua
posibiliti air tu jadi slow adalah tinggi lagi-lagi kat tingkat atas.
Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan, kot-kot ade tikus mati ke
buang dulu la. kemudian penuhkan tangki air simpanan tu, bila dah penuh
buang semua air tersebut. nak buat dua kali pon boleh, saja nak cuci
tangki dan bagi aliran air ok. Selain tu nak test samada tangki ada
bocor ke tak.
Tip ke empat.
Selalunya, bila letrik dah ada, technican atau kontraktor yang buat
wiring rumah akan buat pemeriksaan sama ada setiap soket atau punca
lampu/kipas ada letrik. Dia selalu bawak satu mentol untuk pastikan
letrik ada. Make sure, anda ikut dia buat pemeriksaan, kadang-kadang
diaorang pandai ngelat skip-skip satu dua punca letrik dan soket
terutamanya yang tinggi. So kalau korang ada tangga, sedia siap-siap
sebab kadang-kadang diaorang tak bawak tangga pon, jadi punca letrik
yang tinggi-tinggi diaorang skip.
Tips ke lima.
Pergi ke rumah dan duduk di dalam rumah baru anda di saat hujan sedang
turun dengan lebatnya. Pastikan takde sambungan atap atau atap yang
bocor dan mengalirkan
air. Ok ni berlaku pada rumah aku ok. joint atap dia pendek sangat, dia
seal
tetap air hujan boleh tembus kalau hujan lebat gila. Caranya hanya
dengan menukar joint atap yang lebih panjang. Seal-seal tak mo.
Tips ke enam.
Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang.
Tips ke tujuh.
Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu. Ada yang kosong tandakan
dan minta dia pecah dan tampal yang baru dengan elok. Nak ketuk ni
paling senang pakai pemutar skru panjang. kalau taknak duduk mencangkung
ikat la pemutar skru tu pada kayu penyapu ketuk la sambil berdiri. nak
ketuk, bukan setakat ketuk sekali je kat tengah tiles tau. ketuk
keliling
perimeter tiles,
sebab kat tengah-tengah selalunya ada simen, yang takde simen selalu kat
tepi-tepi tiles. Pakai kayu pon boleh tapi kalau pakai besi ni bunyi
ketuk kosong nya nyata sikit dari ketuk dengan kayu senang beza, kayu
kan leh menyerap bunyi (ni teori aku la).
Tips ke lapan.
Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna. Sliding
door
selalu ada masalah bila dah kunci dia tak berkunci pon. Erm, paham tak
maksud aku? korang dah naikkan selak dia tapi still boleh terbukak
jugak, maksudnya selak dia walaupun dah naik tapi tak bertemu dengan
lubang selak yang sepatutnya. mintak dia ganti selak lain or adjust
selak tu. tak menjadi mintak dia tukar satu
set
sliding door. hahah. (ni jadi kat rumah kuarters dulu tau, sebab aku
takut tinggal sorang diri dengan sliding door yang tak kunci aku suh
diaorang repair selak tu).
Tips ke sembilan.
Bilik air tingkat atas tidak bocor. Hehe. Caranya, ambil
binding tape,
sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar. Penuhkan bilik air dengan
air buat ala2 kolam gitu. Biarkan seminggu, kalau kering topap la airnya
kalau nak lagi lama pon boleh. Lepas seminggu, tengok ada kesan air
bocor tak di siling tingkat bawah rumah korang. Kalau ada, tunjuk la
dengan wakil developer dan sila la minta dia pecah balik lantai toilet
tu dan pastikan dia letak sealer toilet tu dengan sempurna. Selalunya
lepas letak sealer ni dia kena tinggalkan sehari bagi kering. Korang
pergi la check sealer dia tu penuh ke tak penuh.. lepas dia repair
toilet yang bocor itu ketuk satu-satu tiles dia. jangan bagi ada kosong.
Tips ke sepuluh.
Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.
Dah cukup semua sampai tips ke 10, boleh la buat
renovation
rumah dengan senang hati. Kenapa sue suruh wat semua dulu benda kat
atas tu sebelum renovation?? kerana selalunya developer tidak akan
melakukan baik pulih ke atas bahagian rumah yang telah anda renovate.
|
penutup saluran air toilet atas |
|
penutup saluran air toilet master bedroom |
Tips ke sebelas ni anda kena buat semasa proses renovation baru nak
bermula iaitu, aliran air keluar dari toilet tingkat atas. Ni buat kalau
korang nak buat cornish rumah la. Perasan tak rumah korang ada siling
yang terjojol keluar dari siling sepatutnya.. selalunya dibuat daripada
kayu dan letaknya betul-betul dibawah toilet di tingkat atas. Ni adalah
penutup saluran air toilet atas. cara nak wat pemeriksaan adalah minta
kontraktor anda buka penutup ni sebelum
dia mula
nak buat cornish, memang selalunya dia bukak dulu la sebelum buat
apa-apa, kemudian korang bukak air dalam toilet supaya air mengalir
dalam saluran ni kalau boleh biar lama sikit sebab kalau sikit bocornya
memang air keluar pelahan-lahan. So kalau bocor, cepat-cepat mintak
developer repair sebelum buat cornish, sayang woo kalau dah buat cornish
baru tahu bocor.. cornish nak buat pon bukan murah dan cornish ni bukan
tahan air pon. kena air rosak la dia. ni pengalaman sendiri ni, nasib
baik kontraktor aku ni boleh tahanla jujurnya bila dia bukak penutup ni
dia tengok ada bocor, dia cepat2 call aku suh developer repair dulu
sebelum dia proceed dengan cornish.
Ok selepas proses menyiasat rumah dengan 11 tips di atas selesai barulah anda boleh merenovate dengan jayanya.
Kalau aku buat permulaan, aku carik orang grill dulu sebab grill ambil
masa nak siap. Bila rumah dah bergrill dengan senang hatinya korang
boleh simpan segala peralatan untuk renovate macam simen, tiles di dalam
rumah tanpa takut kena curik. heheh. Berlaku tau kecurian simen dan
tiles. hahaha. dan lagi besi untuk naik tembok rumah tu.. tu pon orang
ada hati tau nak curik, gamaknya untuk wat renovate rumah dia kot.
hihihihi.
Owh lagi satu, bila meter air dah dipasang, kalau dia tak pasangkan
sekali kunci untuk meter air, korang beli la ye di kedai-kedai hardware
berhampiran.. meter air pon ade tau orang nak curi. hahaha..
|
macam ni lah lebih kurang rupe kunci meter airnya.. |
Lepas carik grill, kalau korang agak rasa nak tinted rumah, boleh la
tinted. Tapi kena tau la kalau tinted waktu malam kalau bukak lampu
sekiranya rumah tidak berlangsir memang nampak terang dan nyatala dalam
rumah ye. Tinted ni kena pasang sebelum korang pasang grill tau. bile
dah pasang grill dah takde peluang nak tinted melainkan korang kopak kan
grill cantik korang tadi.
Grill ada tiga jenis. jenis stainless steel yang
gila
mak datuk mahal nak mamposs, grill jenis wrought iron yang terbahagi
dua, solid mari atau hollow mari atau gabungan solid dan hollow.. dan
lagi satu adalah mild steel yang selalunya akan di coatingkan dengan
coating jenis powder coating. kalau banding harga la, ni mengikut
pengalaman aku sebenarnya. paling mahal stainless steel la, then diikuti
oleh solid wrought iron, combination solid dan hollow wrought iron then
hollow wrought iron dan juga mild steel.. heheh. Aku ambil yang
combination sebab laki aku yang nak, ikut hati nak yang powder coating
tu sebab lawa giler. wrought iron cepat karat gitu tapi korang leh cat
balik sendiri, kalau powder coating takde dah nak cat-cat balik sebab
nak buat coat dia pon kena masuk oven khas. tapi powder coating ni
idaklah sekejap je dia bertahan, lame jugak laa adelah dekat 10 tahun
gitu boleh tahan lagi cantiknya.. kononnya la menurut kontrakktor itu.
huhu.
Lepas grill kami tempah langsir. rumah aku pakai langsir kain untuk
sliding door je, yang lain semuanya pakai blind konon-konon nya. bajet
tak nak tukar-tukar dah la blind tu pakai la berpuluh-puluh tahun. tapi
tengoklah nanti macam mana.. hehehe
Lepas langsir,aktiviti membeli lampu dan kipas. heheh.
sambil-sambil pilih lampu dan kipas, renovation untuk kitchen cabinet, cornish dan wiring berjalan serentak.
hehe.
Owh, tips memilih kontraktor. kalau korang bajet lebih, boleh hired
kontraktor yang glamer ataupun interior designer (ID). hehe. harga dia
berlipat-lipat kali ganda. hahahah. Ni pengalaman sendiri la, tapi kalau
interior designer ni dia lengkap pakejnya dengan quality check and
warranty. tu yang kena bayar mahal sikit tu. Kalau bajet ciput macam
aku, selain usha-usha dengan opismate yang dah pernah renovate rumah,
boleh la korang tunggu kontraktor yang banyak menyerang dengan
quotation-quotation semasa korang menziarahi rumah. Percayalah, korang
belum lagi sampai rumah nanti ade la kereta kontraktor mengekor, korang
berhenti je, nak bukak pintu rumah nanti dia keluarlah menyapa.. heheh.
masa tu mintak je quotation dan name card banyak-banyak. mintak dia
tunjuk secara reallife kerja dia. Sama ada rumah orang lain yang dia
tengah renovate, atau show house yang dia buat, atau showroom kat kedai
dia. aku tak berapa suka kalau dia nak tunjuk showhouse atau showroom
dia sebab of coz la dia akan membina contoh yang sangat berkualiti, tapi
kebetulan ada area rumah yang baru jugak lah dapat kunci sebelum rumah
aku dan tengah membuat renovation so bolehla aku tengok hasil real yang
bakal diperoleh. Kualiti mesti mau ada walaupon harga murah. hehehe.
lepas ada banyak pilihan, buatlah pilihan terbaik dari segi harga dan
kualiti.
Kalau aku dulu, kitchen cabinet aku tu rm3300 je tau, siap dia pakej
singki, aluminium dish rack, full aluminum 5 ft' top cabinet dan 10 ft
table top complete with aluminium cabinet door pintu serta adjust piping
untuk singki, piping untuk washing machine dan piping untuk pipe luar
rumah. murahkan.. kalau dengan ID mau cecah 10k tau. sebab aku nak yang
full aluminium, bukan pintu cabinet je alumimium, yelah duk umah yang
posibiliti dihinggapi anai-anai tinggi ni kena kurangkan penggunaan kayu
semaksimum mungkin. hehehe.
Untuk yang buat wiring, silalah ambik kontraktor yang mempunyai akuan
dari suruhanjaya tenaga ye. Mahal sikit yang penting kualitinya ada dan
keselamatan terjamin. hehhe. tolonglah jangan ambil wiring dari kedai
letrik yang belum comfirm ada akuan untuk buat wiring, sebab selalunya
kedai letrik ni dia tau pasang je, wiring-wiring belum tentu yakin
cantik.