Sebelum kita berbicara mengenai  cermin gelap terlebih dahulu kita fahami peruntukan Kaedah – kaedah yang  ditetapkan dalam undang – undangMengikut peruntukan Kaedah 5(1) dan  5(2) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca  Tertentu) 1991. Berdasarkan kepada peruntukan tersebut, tahap ketelusan  cahaya bagi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah melebihi  tujuh puluh peratus (70%) manakala bagi cermin sisi dan belakang  kenderaan hendaklah melebihi 50%. Terdapat pengecualian di mana  peruntukan ini tidak terpakai pada kawasan 20% memanjang sebelah atas  cermin hadapan kenderaan dan pada tingkap tepi semua jenis bas atau  carawan kecuali bagi tingkap di sebelah kiri atau kanan pemandu.
Orang yang dibenarkan memakai Cermin Gelap Mengikut Kaedah – Kaedah
Kaedah 11(a) dan 11(b) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan bahawa kenderaan milik Kerajaan yang digunakan oleh orang-orang berikut dibenarkan menggunakan cermin gelap iaitu:
  Kaedah 11(a) dan 11(b) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan bahawa kenderaan milik Kerajaan yang digunakan oleh orang-orang berikut dibenarkan menggunakan cermin gelap iaitu:
- Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong.
 - Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu Negeri.
 - Pemangku Raja sesuatu Negeri .
 - Pembesar Memerintah Negeri bagi Negeri Sembilan.
 - Bakal Raja sesuatu Negeri .
 - Bekas Raja sesuatu Negeri .
 - Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri.
 - Hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi.
 - Pegawai polis atau pegawai tentera sebagaimana yang dinyatakan masing-ma
singnya oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera. 
Kenapa Sekarang Banyak kereta bercermin  GelapApabila kita melalui jalan – jalan raya utama negara, kita tidak  lepas dari melihat terdapatnya kenderaan yang bercermin gelap, macamana  mereka boleh memakai cermin gelap pada kenderaan? Sebenarnya orang –  orang kebiasaan macam kita ni  memang tidak dibenarkan memakai cermin  gelap.Oleh kerana terdapatnya keberanian dan tidak takut disaman maka  banyaklah hadirnya kenderaan – kenderaan yang bercirikan cermin gelap  ini berada di atas jalan raya.
Faktor – faktor lain yang mengakibatkan pemakaian Cermin Gelap 
- Sesetengah Kereta ‘import’ seperti  model ‘estima, wish, caldina, alphard’ (sekadar menyebut beberapa nama  model) memang datang dengan speksifikasi yang standard iaitu bercermin  gelap pada bahagian sisi belakang kiri dan kanan, tujuan pemakaian ini  di luar negara adalah bagi tujuan keselamatan. Bagi negara kita ini  pemakaian cermin gelap ini memang tidak dibenarkan sama sekali. Oleh itu  Pihak berwajib telah pun mengenakan undang – undang kenderaan bagi  tujuan pemakaian cermin gelap ini dibawah akta pengangkutan jalan 1987.
- Oleh kerana kereta ini kebanyakan  kereta import dan kenderaan ini memang asalnya bercermin gelap, maka  dengan ini setiap kenderaan import tadi perlu menjalani pemeriksaan di  puspakom sebelum urusan pendaftaran kenderaan. Terdapat 2 jenis  pemeriksaan kenderaan import di puspakom iaitu pemeriksaan kenderaan  import terpakai dan pemeriksaan  kenderaan import baru.
Puspakom boleh lulus- Untuk tujuan  kenderaan import ini kadar ketelusan cahaya adalah sama sahaja seperti  kenderaan lain , iaitu kadar ketelusan cahaya cermin hadapan 70% keatas,  cermin sisi kiri dan kanan serta belakang iaitu 50% ke atas. Jadi  macamana kenderaan ini masih bercermin gelap?, mengikut apa yang  diketahui, sesetengah ‘buyer’ ingin kenderaan mereka bercermin gelap,  oleh yang demikian ejen yang menguruskan berkaitan dengan urusan  kenderaan telah menukar cermin kenderaan mereka dengan cermin yang   cerah mengikut spesifikasi  ditetapkan, ada sesetengah lagi yang menyewa  cernin cerah ini tadi bagi tujuan pemeriksaan, dan cermin tersebut  dipasang dengan sempurna pada kenderaan.
- oleh itu pihak puspakom tidak dapat  menggagalkan kenderaan tersebut dan diberikan status lulus kerana memang  ianya datang dengan bercermin cerah, selain itu juga puspakom turut  mengambil gambar kenderaan import yang datang untuk pemeriksaan bagi  tujuan rujukan untuk hal – hal yang berbangkit. Selepas kenderaan itu  diperiksa dan lulus kemungkinan cermin tadi telah ditukar kembali dengan  cermin yang asal iaitu cermin gelap.
Tips Untuk Memasang Tinted Kenderaan yang Mengikut piawaian.- Bagi pemasangan  tinted mudah je teori dia.. kalau pasang tinted yang mahal, mesti lulus  punya. Okay tak macam tu? Tak okay?, emm macam ni ye kebanyakan tinted –  tinted yang mahal ini memang boleh lepas pemeriksaan kadar ketelusan  cahaya, dan memang dapat membantu mengurangkan kadar kepanasan dalam  kenderaan, terdapat beberapa jenis tinted yang terang tapi sejuk je  duduk kat dalam bila waktu tengahari macamtu.. tapi walau bagaimana pun  elakan memasang tinted sampai berlapis – lapis, ada yang pasang tinted  sampai 3 lapis, kalau macam ni memang tak akan lulus pemeriksaan walau  mahal macamana pun tintednya..
- Kalau memang nak gelap bolehlah  memasang tinted yang murah dan berlapis - lapis, macam kereta saya pun  pasang sampai 3 lapis… gelap je..  sampai orang luar nak tengok dalam  pun tak nampak, semua tu di lakukan atas faktor keselamatan, (takde  sebab lain ye 
  )
- Terpulang kepada individu itu  sebenarnya , samada nak memilih tinted yang gelap atau cerah, kalau rasa  boleh bayar saman sampai rm500.00 takpe.. takde masalah.. boleh je  pakai cermin gelap.
No comments:
Post a Comment